Mar 5, 2009


Ramai ulamak mengatakan bahawa bukan senang nak masuk syurga. Hendak dapatkan benda yang baik mestilah bersusah-susah dahulu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Kata perpatah Ingeris “no pain no gain”. Dalam Quran tidak terdapat kaitan terus diantara balasan di akhirat dengan kesukaran mengamalkan suruhan Allah. Balasan buruk di akhirat dikaitkan dengan keingkaran manusia mematuhi perintah Allah.
Memang Allah mengatakan bahawa manusia akan diuji. Contohnya,


Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami
percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)
Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)
Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)
……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)
Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)


0 Comments:

Post a Comment